Orang Cina di Perak

Perak merupakan antara negeri yang membangun dimana terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sehubungan itu, orang Cina di Perak adalah golongan minoriti besar dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 693,397 orang, iaitu sebanyak 30.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Perak menetap di bandar-bandar besar terutamanya Ipoh, iaitu di ibu negerinya dan juga di daerah-daerah lain.